About Me

My Photo
georgtown, pulau pinang, Malaysia

Monday, 30 July 2012

sejarah SMKA (P) Almashoor

Sekolah Menengah Agama (P) Al Mashoor mula diasaskan atas kesedaran segolongan bangsa Arab di Pulau Pinang yang bimbang akan anak-anak yang kurang mendapat didikan agama. Pada tahun 1916 bersamaan tahun 1335H, suatu mesyuarat telah diadakan khusus mengenai penubuhan sebuah sekolah agama. Dengan usaha gigih dan semangat kerjasama semua pihak maka tertubuhlah sebuah sekolah agama yang dikenali dengan nama Madrasah Al-Quran di Lebuh Acheen (Masjid Melayu Pulau Pinang) dengan guru pertamanya Al-Syed Abdul Rahman Alhabshee dan guru besar pertamanya Al-Syed Al-Shaikh Al-Hadi. Madrasah ini terus mendapat sokongan yang menggalakkan dan pada tahun 1918 telah berpindah ke kawasan yang lebih besar di Kampung Jawa Lama, dengan nama Madrasah Al Mashoor Al-Islamiah sempena nama Tuan HAbib Al Mashoor, seorang penghulu yang terkenal di Pulau Pinang pada masa itu.
Pada tahun 1920, Madrasah ini telah berpindah ke Lebuh Tek Soon di mana tapak sekolah adalah kepunyaan tuan Haji Bachik. Pada masa ini perkembangan sekolah berlaku dengan pesat sekali dan yuran sebanyak RM2 dikenakan kepada setiap pelajar. Semasa pemerintahan Jepun, Madrasah Al Mashoor telah ditutup selama 3 tahun 8 bulan dan dibuka kembali pada tahun 1945 setelah setelah British kembali ke Tanah Melayu. Usaha-usaha berterusan dijalankan untuk mendirikan bangunan baru bagi sekolah dan asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan. Pada tahun 1957, sempena kunjungan YTM Tunku Abdul Rahman ke Madrasah Al Mashoor, beliau telah berjanji akan mendirikan bangunan baru bagi kedua-dua buah sekolah .
Sebuah jawatankuasa binaan telah ditubuhkan dan mereka telah bekerja keras untuk penubuhan sekolah baru. Waris-waris Almarhum Tuan K.M.S Sultan Alaudin mewakafkan sekeping tanah dan rumah di Jalan Lunas bagi tapak sekolah perempuan. Pada tahun 1979 Kementerian Pelajaran telah mengambil alih Madrasah Al Mashoor lelaki dan perempuan dan telah mendirikan sebuah bangunan baru di Jalan Air Itam untuk pelajar lelaki. Selepas tiga tahun kerajaan mengambil alih SMKA (P) Al Mashoor, ada cadangan untuk membina bangunan baru bagi menggantikan bangunan lama yang telah uzur dan tidak dapat menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Sementara menanti bangunan baru siap, pelajar-pelajar telah menumpang di SMKA (L) Al Mashoor dari tahun 1982 hingga tahun 1984. Pada bulan Oktober 1984 para pelajar perempuan mula berpindah ke bangunan baru dan tersergamlah bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Al Mashoor di Medan Lim Cheng Teik, Pulau Pinang.

Monday, 16 July 2012

ilmu pelita hidup






sekolah ialah tempat untuk belajar dan mencari ilmu pengetahuan. Ilmu sangat penting untuk kita semua berjaya sehingga mencapai ke menara gading.Ilmu juga sangat penting di dunia  dan di akhirat dan juga penting untuk di bawa bekalan ketika meninggal.

Monday, 26 March 2012

rahsia murid cemerlang

1. Pelajar cemerlang mempunyai matlamat dan sasaran yang jelas

2. Pelajar cemerlang sentiasa tahu matlamat hidupnya. 

cONTOH MATLAMAT

Apa yg aku mahukan dalam peperiksaan?
Arrow Aku nak 8A dalam PMR

Bila ia mahu dicapai?
Arrow Peperiksaan percubaan dan peperiksaan sebenar PMR tahun 2010

Kenapa aku mesti mencapainya?
Arrow Untuk membuktikan kpd kawan2 yg aku ada kebolehan
Arrow Untuk memenuhi hasrat ibu bapa
Arrow Sebab keluarga aku miskin dan aku nak bela nasib mereka
Arrow Sebab guru memperlekeh kemampuan aku

Bagaimana?
Arrow Aku mesti belajar sekurang-kurangnya 3 jam sehari
Arrow Aku mesti melatih 20 soalan setiap hari
Arrow Kerja sekolah mesti siap
Arrow TV dan sembang-sembang kosong mesti dikurangkan
Arrow Pencapaian ujian bulanan mesti bagus
Arrow Aku mesti berkawan dgn mereka yg boleh bantu aku

Monday, 19 March 2012

smka(p) al mashoor sangat cantik kerana dipenuhi  dengan keindahan alam . Selain itu, sekolah ini  adalah tempat belajar yang kondusif. Sekolah  ini juga mempunyai pelajar - pelajar yang cemerlang dari segi kokurikulum, kurikulum dan bersahsiah unggul .

Monday, 27 February 2012

mengenai blog ku!

tujuan kami membuat blog adalah untuk memenuhi matapelajaran literasi komputer . kami dari kelas 2 imtiyaz dan kami telah diajar oleh guru kami yang sangat baik iaitu  Pn . Nor Hafizah.